Monday, December 4, 2006

[ Torrent Dept. ] Definisi Torrent

Torrent, Jika anda masih tertanya-tanya apakah sebenarnya torrent, saya tidak tahu macam mana anda boleh sampai ke blog ini. Dan jika anda sudah mengetahui apakah torrent, saya juga musykil mengapakah anda masih membaca artikel ini. Apa-apapun, sebenarnya saya juga tidak tahu apakah motifnya saya menulis artikel ini :).

Torrent, dari segi bahasanya bermaksud hujan yang lebat, arus yang deras, banjir atau permintaan yang tinggi. Tetapi, Torrent yang saya maksudkan ini pula adalah sejenis fail yang mengandungi metadata tentang data yang akan dikongsi menggunakan protokol BitTorrent. Fail ini sangat-sangatlah kecil dah bersaiz dibawah 50kb sahaja. Fail torrent ini dapat dikenali dengan melihat extensionnya iaitu .torrent di hujungnya. Fail torrent ini mengandungi bahagian "announce" yang akan memberitahu url tracker yang digunakan untuk melayan client yang anda gunakan nanti dan juga infomasi mengenai data yang ingin dikungsi itu seperti nama, saiz, saiz cebisan dan juga hash code yang akan digunakan oleh tracker untuk mengesahkan kesahihan data yang diterima.

BitTorrent adalah protokol perkongsian data yang boleh dikatakan agak popular dimasa ini. Kepantasan dan keanjalan protokol ini membolehkan ianya digemari oleh ramai pengguna internet. Ianya berkonsepkan peer-to-peer (p2p) dimana ianya memberikan sambungan antara dua komputer tanpa memerlukan pelayan, dimana semua komputer akan berfungsi sebagai pelayan dan pelanggan. Protokol BitTorrent ini asalnya dicipta oleh seorang pengaturcara bernama Bram Cohen dan sekarang di selengara oleh BitTorrent inc.

Konsep BitTorent ini menarik dan proses perkongsian datanya agak laju. Ini adalah kerana apabila satu-satu data hendak dikongsi, ia akan dipecahkan kepada cebisan-cebisan kecil yang saisnya lebih kurang dari 200kb ke 5mb bergantung kepada saiz data sebenar yang hendak dikongsi. Apabila ader pelangan yang ingin mendapatkan data tersebut, ia akan mendapatkan cebisan data ini secara rawak, daripada pelayan dan juga pelanggan lain yang sudah mendapatkan cebisan ini. Dengan ini setiap pelangan tidak perlu bergantung kepada pelayan untuk mendapatkan data ini dan ianya mengurangkan tekanan terhadap jalurlebar pelayan. Dengan ini, apabila sesuatu data itu mempunyai lebih ramai pelanggan, penghantarannya akan menjadi lebih cepat. Semua cebisan data yang diterima oleh pelanggan akan diperiksa mengunakan hash algorithm untuk menjamin kebolehpercayaan datanya.

rujukan : google, wikipedia dan seluruh isi internet serta penguna-penggunanya. :P

~The Symbiotic Symphony~

No comments: